fbpx

Siti Saleha menang Asia Model Awards 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Saleha

PETALING JAYA – Pelakon Siti Saleha dinobatkan sebagai pene­rima trofi Asia Model Awards 2020 yang akan berlangsung di Seoul, Korea Selatan esok.

Siti Saleha, 30, memenangi anugerah itu bersempena Festival Model Asia ke-15 (AMFA) 2020 yang dianjurkan oleh Asia Model Festival Organizing Comittee (AMFOC).

Trofi tersebut merupakan penganugerahan di peringkat antarabangsa yang pertama diterima oleh pelakon kacukan Melayu-Inggeris tersebut.

Disebabkan pandemik Co­vid-19 yang melanda dunia ketika ini, Siti Saleha atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd. Baharum diberi peluang muncul dalam siaran langsung secara maya.

Trofi itu pula diterbangkan khas kepada pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 dari negara ber­kenaan.

“Saya ingin berkongsi berita ini dengan rakyat Malaysia. Terima kasih atas soko­ngan dan kasih sayang anda semua,” kata Siti Saleha dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya kelmarin.

Siti Saleha berkongsi beberapa keping gambarnya memegang trofi tersebut. AMFOC merupakan anggota bawah Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan.

Pada tahun lalu, pelakon kacukan Sri Lanka-Scotland, Amelia Henderson dinobat sebagai Mo­del of The Year menerusi Anugerah Festival Model Asia ke-14 2019 yang turut berlangsung di Seoul.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI