fbpx

Penggunaan vaksin Covid-19 diumum minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli

PUTRAJAYA – Pengumuman berhubung penggunaan vaksin Covid-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini akan dibuat minggu depan selepas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai hal itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu telah dibincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas kali ke-10 tahun 2020 Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) yang bersidang semalam.

Beliau berkata, ia dibincangkan secara lebih teliti oleh para Ashabus Samahah Mufti dan Ahli-Ahli Yang Dilantik Majlis Raja-Raja serta wakil Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Perkara ini sudah dibincang tetapi kita akan mengikut secara tertib dan berhemah yang mana kita akan persembah perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Insya-Allah tidak ambil masa yang lama, dalam minggu depan kita akan bagi kenyataan,” katanya seperti dipetik media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Terdahulu beliau menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan video kreatif bersempena Maulidur Rasul di Kompleks Islam Putrajaya di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan keputusan sama ada penggunaan vaksin Covid-19 dari luar negara boleh digunakan umat Islam di negara ini akan diumumkan kerajaan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI