fbpx

Neelofa padam foto acara hiburan, fesyen dalam Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas mengambil keputusan untuk berniqab pada 15 Oktober lalu, pelakon, pengacara dan juga usahawan, Neelofa kini memadam hampir 4,000 perkongsian gambar yang membabitkan dirinya dalam acara hiburan dalam Instagramnya.

Antara perkongsian yang dipadam oleh selebriti berusia 31 tahun itu termasuklah foto semasa menghadiri beberapa acara fesyen dan memperagakan koleksi busana mewah antarabangsa daripada pereka-pereka terkenal. Bahkan, Neelofa turut dilihat memadam status bio ‘Actress & TV Host’ pada akaun Instagramnya.

TANGKAP layar Instagram Neelofa yang kini hanya mempunyai sebanyak 2,648 muat naik berbanding sebelum ini 7,000 perkongsian.

Menjengah akaun Instagramnya, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor hanya mengekalkan foto-foto kenangan ketika berada di Tanah Suci Mekah bersama keluarga dan berkaitan dakwah.

Setakat ini, akaun Instagram Neelofa hanya mempunyai 2,648 muat naik berbanding sebelumnya iaitu lebih daripada 7,000 perkongsian.

Terdahulu, bekas pengacara rancangan MeleTOP itu telah mengejutkan ramai pihak termasuk dalam kalangan selebriti apabila memutuskan untuk berpurdah sepenuhnya.

Bukan itu sahaja, Neelofa juga sedang menunggu hari bahagia apabila telah dirisik oleh keluarga lelaki pilihan hatinya, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 25, pada 2 November lalu. Difahamkan, mereka bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun hadapan. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI