fbpx

Lebih 2,700 orang mati akibat Covid-19 di AS semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA perubatan memeriksa pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi Pusat Perubatan Memorial United di Houston, Texas semalam. - AFP

WASHINGTON – Angka kematian akibat koronavirus di Amerika Syarikat (AS) melepasi  2,700 orang sehari setakat semalam, kata Universiti John Hopkins.

Universiti berkenaan menyatakan, angka kematian dalam sehari itu adalah tertinggi di AS sejak April lepas.

Angka baharu 2,371 kematian itu menjadikan korban keseluruhan Covid-19  di AS meningkat kepada 273, 181 orang sejak pandemik bermula akhir tahun lalu.

‘Jumlah jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lalu pula adalah 195,121 orang,” kata pihak universiti berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI