fbpx

438 ditahan ingkar arahan PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 438 individu telah ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 438 individu telah dikompaun manakala 40 individu pula direman dan empat dijamin.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (137), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (128) dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (101),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kesalahan lain yang dilakukan termasuklah tidak memakai pelitup muka (69), rentas daerah atau negeri PKP Bersyarat tanpa kebenaran (26) dan lain-lain (21).

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM) membuat 61,784 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP Pemulihan (PKPP).

“Sebanyak 2,819 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 13,215 anggota telah membuat pemantauan di 3,600 pasar raya, 5,246 restoran serta 1,692 penjaja, 1,268 kilang, 3,524 bank dan 540 pejabat kerajaan.

“Juga dipantau sebanyak 970 terminal pengangkutan darat, 248 terminal pengangkutan air serta 75 terminal pengangkutan udara,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI