fbpx

12 individu sindiket scam ditahan reman di bawah POCA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
12 individu disyaki terbabit sindiket Macau Scam direman mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 di Mahkamah Sesyen Ipoh. Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Seramai 12 individu warga tempatan termasuk empat wanita yang dipercayai terlibat dengan sindiket Macau Scam ditahan reman selama 21 hari bermula hari ini oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Perintah tahanan reman sehingga 23 Disember itu dikeluarkan Hakim N. Priscilla Hemamalini selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan kesemua mereka yang berusia 20 hingga 26 tahun mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Terdahulu, kesemua mereka tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 10.30 pagi diiringi polis sebelum keluar setengah jam kemudian.

Kosmo! pada 4 November lalu melaporkan, sindiket Macau Scam yang aktif memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai pegawai polis dan staf Pos Malaysia sejak dua tahun lalu tumpas selepas pihak berkuasa menahan
22 individu.

Tangkapan ke atas kesemua suspek berusia 18 hingga 27 tahun itu dibuat selepas polis menyerbu sebuah kondominium di Sri Petaling, Kuala Lumpur 30 Oktober lalu.

Seramai 18 lelaki dan empat wanita yang ditahan merupakan rakyat tempatan dan mereka disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sindiket itu dipercayai terlibat dalam 76 kes penipuan membabitkan kerugian RM11 juta. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI