fbpx

Celcom naik taraf rangkaian, bina lebih banyak menara komunikasi 4G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Celcom A­xiata Bhd. (Celcom) mempercepatkan pelaburan berjumlah RM256 juta untuk menaiktaraf kapasiti rangkaian dan membina lebih banyak menara komunikasi 4G di seluruh negara.

Pelaksanaan tersebut bertujuan untuk menambahbaik liputan dan kualiti 4G di bandar dan kawasan pedalaman.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Idham Nawawi berkata, pelaburan bagi rangkaian Kumpulan yang bermula 2020 sehingga awal 2021 itu akan disokong oleh modal pelaburan yang diperuntukkan bagi tahun kewangan 2021.

“Menjelang Februari 2021, Celcom menyasarkan sebanyak 4,700 tapak rangkaian dengan 51 peratus daripadanya di kawasan luar bandar akan menerima naik taraf kapasiti, pemasangan peralatan 4G baharu dan program optimisasi rangkaian teras.

“Ia meliputi naik taraf dan optimisasi hampir 1,000 tapak rangkaian 4G di Sabah dan Sarawak bagi menambahbaik liputan 4G di kawasan pedalaman,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Idham menjelaskan, Celcom akan meneruskan program optimisasi kluster seluruh negara bagi 3,600 tapak lagi bagi mempertingkatkan kapasiti, menyelesaikan masalah buffering serta menyediakan kualiti panggilan suara dan video lebih baik yang dijangka selesai menjelang Ogos 2021.

Tambah beliau, kesemua usaha penambahbaikan dan optimasi itu dirancang sebaik mungkin bagi memastikan impak minimum dalam perkhidmatan.

“Penambahbaikan ini memfokuskan kepada penyediaan liputan dalam bangunan dan liputan 4G lebih meluas di luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak serta peningkatan kelajuan muat turun.

“Ini membolehkan lebih ramai pengguna menikmati pengalaman video berdefinisi tinggi serta kualiti panggilan suara lebih baik,” jelasnya.

Idham menerangkan, sehingga kini, rangkaian Celcom terus mendahului sebagai liputan pa­ling meluas di negara ini dengan lebih 11,500 tapak seluruh negara yang berkhidmat untuk lebih 13 juta pengguna.

Bagi suku ketiga tahun kewangan 2020, Celcom mencatatkan pertumbuhan positif dengan peningkatan pelanggan, hasil, kos dan keuntungan berbanding suku sebelumnya.

POPULAR