fbpx
JIMENEZ (terbaring, kanan) terpaksa dibawa keluar selepas insiden pelanggaran kepada dengan Luiz ketika aksi awal pagi semalam. – AFP

Wolves resah situasi Jimenez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Kapten Wolverhampton Wanderers, Conor Coady berharap rakan sepasukannya yang juga penggempur utama pasukan itu, Raul Jimenez tidak berdepan kecederaan yang serius.

Jimenez terpaksa diusung keluar ketika perlawanan menentang Arsenal memasuki minit kelima perlawanan selepas insiden pelanggaran kepala dengan pemain pertahanan The Gunners, David Luiz.

Penyerang antarabangsa Mexico itu cuba mengeluarkan bola dari kawasan kotak penalti Wolves hasil sepakan penjuru sambil Luiz juga cuba mencabar bola tersebut menyebabkan insiden tersebut berlaku.

Luiz bagaimanapun berjaya meneruskan perlawanan tetapi Jimenez terpaksa dibawa keluar dan digantikan dengan Fabio Silva.

“Kami sangat risaukan mengenai insiden yang menimpanya. Kami sedar bahawa pelanggaran itu sangat menakutkan.

“Kami hanya mampu berharap dan berdoa agar segalanya baik-baik sahaja. Saya berada di hadapan mereka ketika insiden itu berlaku. Ia adalah suatu yang kita tidak mahu lihat.

“Apa yang penting adalah ­kedua-dua pemain itu berada dalam keadaan baik. Saya difahamkan Jimenez berada di hospital dalam keadaan sedar bersama ahli keluarganya,” katanya.

Dalam pada itu, pengurus Wolves, Nuno Espirito Santo mengesahkan bahawa pe­nyerang utamanya itu berada dalam keadaan sedar dan akan menjalani beberapa ujian untuk mengenal pasti tahap kecede­raan.

“Dia akan menjalani ujian imbasan dan berada dalam keadaan sedar.

“Ia sangat mendebarkan, saya menerima isyarat kod merah yang menunjukkan situasi serius selepas insiden itu berlaku. Saya juga dapat lihat bahawa pasukan perubatan kami agak cemas ketika itu,” jelasnya. – AGENSI

BERITA BERKAITAN