fbpx

SPRM kesan dua individu bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cop keluar dan masuk di sempadan utama negara.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, individu terbabit ialah seorang lelaki dan seorang wanita warga China.

“Lelaki yang dikesan tersebut ialah Chiong Ah Kaw @ Cheong Leong Kim, 75, yang mempunyai alamat terakhir di No.22, Pangsapuri Seri Mesra, Jalan Bahagia 29, Taman Seri Bahagia, Kuala Lumpur.

“Sementara itu, wanita yang dikesan pula ialah Li Quin yang merupakan seorang warga China berusia lingkungan 30-an dan pemegang pasport antarabangsa E32395179 serta pas lawatan sosial,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Amirul Ikhwan Selamat di talian 016-509 8947. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI