fbpx

RUU Perbekalan 2021 Kementerian Luar diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dewan Rakyat.

PETALING JAYA – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri.

Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said berdasarkan proses undian suara.

“Dengan itu, RUU Perbekalan (Belanjawan) 2021 untuk Kementerian Luar Negeri diluluskan di peringkat jawatankuasa,” katanya.

Sesi penggulungan RUU Kementerian Luar dilakukan oleh Timbalan Menteri, Datuk Kamarudin Jaafar dengan kementerian itu menerima peruntukan RM778 juta.

Seramai sembilan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang berbahas mengenai peruntukan itu tengah hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam reaksi segera berkata, beliau membuat jangkaan tepat tiada Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk membolehkan undi belah bahagi.

“Naampaknya Ahli Parlimen pembangkang sudah sedar bahawa ‘wayang’ mereka kini sudah tidak laku,” katanya di laman Facebook beliau hari ini.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di laman Facebook beliau pula mengucapkan syukur kerana RUU berkenaan diluluskan di Dewan Rakyat.

“Tahniah Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaafar dan seluruh warga Wisma Putra,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI