fbpx

‘Wanita tak suka lelaki macam saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GONG YOO

MEMPUNYAI peminat di seluruh dunia kerana kekacakan yang dimiliki sebenarnya bukanlah satu hal yang dibanggakan aktor Gong Yoo.

Sebaliknya, Gong Yoo mengakui dirinya seorang lelaki biasa yang normal sama seperti mana-mana individu lain.

Cuma, karakter yang dibawa dalam setiap naskhah drama mahupun layar perak membuatkan peminat melihat sisi menawan dirinya.

“Saya tidak pernah terfikir tentang imej sempurna seorang lelaki. Sebab saya seorang yang normal. Mungkin orang terlampau taksub dalam fantasi sendiri dengan karakter lakonan saya.

“Sedangkan hakikatnya saya hidup biasa sahaja,” ujarnya ketika muncul sebagai artis undangan dalam program You Quiz on The Block terbitan tvN.

Pelakon filem Seobok itu juga mendedahkan, jika bukan dalam lakonan, dia sebenarnya seorang yang introvert.

“Saya rasa pelik dan pernah dengar orang label saya sebagai seorang yang dingin. Di depan wanita yang saya suka, saya tidaklah dingin. Tetapi saya tiada keberanian meluahkan perasaan,” ujarnya yang beranggapan wanita tidak suka lelaki sepertinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI