fbpx
Anggota bomba cuba membuka pintu sebelum dibuka mangsa yang berada di dalam rumah itu. - Foto IHSAN BOMBA

Tidur mati rupanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang disangka ditimpa musibah kerana tidak sedarkan diri rupanya tidur mati di bilik tidur di rumahnya di Pangsapuri Kenari, Jalan Pulai Harmoni 3, Bandar Baru Kangkar Pulai, malam semalam.

Keluarga lelaki berusia 21 tahun membuat laporan kecemasan tersebut setelah gagal mengejutkan mangsa selama hampir sejam dengan mengetuk pintu biliknya.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Il Faisal Ismail berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan terperangkap dalam rumah melalui talian kira-kira 11 malam.

Katanya, susulan panggilan diterima, seramai 10 anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian bersama sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai.

“Menurut komander operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa terperangkap di dalam sebuah bilik.

“Setelah PKO sedang membuka pintu dengan menggunakan peralatan khas, mangsa tiba-tiba muncul dengan mengatakan tertidur akibat kepenatan.

“PKO membuat pemeriksaan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum berpatah semula ke balai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Faisal berkata, dalam kejadian tersebut, ibu dan bapa serta tiga orang adik lelaki itu keluar ke kuil berhampiran namun apabila pulang mereka mendapati pintu rumah berkunci.

Tambahnya, mereka cuba mengejutkan mangsa dengan mengetuk pintu hampir sejam tetapi lelaki itu masih tidak sedarkan diri.

“Keluarga mangsa mengambil tindakan menghubungi pihak Bomba bagi mendapatkan bantuan kerana menyangka perkara yang tidak diingini berlaku.

“Operasi ditamatkan pada pukul 11.18 malam,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR