fbpx

RUU Perbekalan 2021 lulus peringkat jawatankuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar Azizan.

PETALING JAYA – Perikatan Nasional (PN) terus mengukuhkan kedudukan Belanjawan 2021 apabila berjaya meluluskan satu lagi Rang Undang-Undang (RUU) di Dewan Rakyat tadi.

RUU Perbekalan 2021 bagi Kementerian Kewangan diluluskan bagi peringkat jawatankuasa dengan mendapat sokongan sebanyak 107 Ahli Parlimen menerusi kaedah undi belah bahagi.

Pun begitu, sebanyak 95 Ahli Parlimen tidak bersetuju manakala 18 lagi tidak hadir.

Kelulusan RUU itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Terdahulu, Dewan Rakyat perlu menggunakan kaedah undi belah bahagi selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun menyokong RUU itu diputuskan melalui kaedah berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI