fbpx

PM dicabar jelaskan RM200 juta untuk lantikan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar untuk memberi penjelasan berhubung peruntukan bernilai RM200 juta yang didakwa bagi melantik pegawai kontrak lantikan politik.

Desakan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat tadi.

Katanya, peruntukan sebesar itu tidak sepatutnya disediakan bagi tujuan berkenaan memandangkan ramai rakyat kehilangan kerja ekoran Covid-19.

“Kita bicara soal Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pegawai khas. Rupa-rupanya di JPM kalau kita lihat dalam Butiran Besar 060000 dan Butiran Kecil 060200, emolumen kakitangan kontrak ada pertambahan RM200 juta tahun 2021.

“Saya mahu Perdana Menteri sendiri bangun untuk menjawab hari ini apa keperluan manakala kita bawa gambaran dan sikap kenyataan di media seolah-olah kita adalah kerajaan prihatin tentang derita rakyat,” katanya.

Tegasnya, jumlah itu sepatutnya diberikan kepada petugas barisan hadapan dan anak-anak muda yang menganggur.

Pada masa sama, Anwar turut mempertikaikan pelantikan duta-duta khas yang didakwa tugasnya bertindih dengan Kementerian Luar serta duta-duta besar sedia ada.

“Duta-duta khas itu juga dilihat gagal memainkan peranan yang sepatutnya di saat dunia masih berperang dengan Covid-19 berikutan rata-rata mereka kini berada di Kuala Lumpur.

“Kita lihat anggaran perbelanjaan mengurus meningkat RM482.4 juta berbanding tahun lalu, maknanya naik 10.7 peratus. Jadi bagi maksud B6 JPM penambahan ketara itu kerana tugas mereka, bagi saya adalah pertindihan dengan peranan yang mampu dilakukan oleh Kementerian Luar dan duta-duta besar kita di seluruh negara,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI