fbpx

Misteri ketukan pintu ‘ketuk’ memori hantu susu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
ADHAM SHADAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

“Takutlah, dengar kata ‘dia’ dah sampai Gombak. Dah dekatlah. Macam mana ni?” kata seorang murid perempuan tahun tiga di sebuah sekolah rendah di Keramat, Kuala Lumpur kepada murid-murid yang lain semasa sedang beratur di depan bilik darjah untuk persediaan pulang ke rumah.

Rakan-rakannya yang mendengar kata-kata murid perempuan itu turut menunjukkan riak keresahan. Loceng sekolah yang berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan tidak lagi menjadi detik yang meriangkan.

Sebenarnya ini satu babak yang berlaku di sekolah penulis pada awal tahun 1990-an semasa di bangku sekolah rendah. Waktu itu gangguan hantu susu menjadi fenomena di Malaysia sehingga menjadi berita besar di dada akhbar.

Misteri ketukan pintu yang hangat dilaporkan di Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini ‘mengetuk pintu’ memori penulis akan kisah lampau hantu susu yang juga mengetuk pintu rumah biarpun tidak mempunyai persamaan yang banyak.

Kalau misteri ketukan pintu yang terjadi baru-baru ini tidak tahu diketuk sesiapa, cerita hantu susu agak berlainan, kerana rumah yang diketuk itu didatangi ‘seorang wanita’.

Pendek kata, sewaktu itu mendengar ketukan pintu pada waktu malam sangat mengundang ketakutan ramai.

Penulis juga sempat membaca mengenai kisah hantu ini oleh majalah Mastika kira-kira sedekad lalu yang menemu bual penghuni beberapa rumah di beberapa negeri yang didatangi hantu itu.

Kemunculan hantu susu itu dikatakan bermula dari Perak sebelum dikatakan ke negeri-negeri lain. Hantu perempuan itu diberitakan mengetuk pintu rumah orang sebelum meminta susu untuk diberikan kepada ‘anak’ yang dikendongnya.

Apabila penghuni rumah pergi membuat susu, ‘wanita’ itu kemudian menjelmakan dirinya sebagai hantu dan menunjukkan yang dikendongnya ialah batu nisan.

Macam-macam versi cerita hantu ini ada. Lebih menyeramkan, ada pula yang kata hantu ini boleh menegur bacaan mengaji kerana dia seorang ustazah.

Diceritakan orang, hantu ini asalnya ialah seorang ustazah dari Taiping yang mati dibunuh semasa mengandung oleh suaminya yang kuat berjudi.

Penulis tidak tahulah tentang kesahihan cerita hantu ini, namun apa yang pasti pada masa itu memang hantu ini jadi fenomena yang menjadi bualan ramai.

Apapun sebagai seorang Islam, kita juga perlu mempercayai kewujudan makhluk ghaib seperti iblis, syaitan dan jin, namun jangan sampai berlaku syirik kepada Allah.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 2-3:

“Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya, ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan.”- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI