fbpx

Lapan masjid, surau, madrasah di Istana Negeri Kubang Kerian ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Lapan buah masjid, surau dan madrasah di sekitar Istana Negeri Kubang Kerian ditutup sementara waktu bermula semalam sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan.

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Datuk Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim sebagai Ketua Agama Islam Negeri telah memperkenankan arahan itu seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Menurutnya, lapan tempat ibadat umat Islam itu ialah Masjir Raja Perempuan Zainab 2 di Istana Negeri, Madrasah Ehsan di Jalan Tok Kenali, Surau Kubur Tok Kenali, Masjid Makmuriyah Taman Mawar, Masjid Taman Seri Aman, Masjid Sunnah Taman Al Qari, Masjid Iktikaf Haji Pak Ku Daud dan Masjid Al Hadi.

“Arahan ini berikutan terdapat penularan kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

“Susulan daripada itu, solat Jumaat, solat fardu serta aktiviti-aktiviti di masjid, surau dan musolla di kawasan sekitar Istana Negeri Kubang Kerian ditutup untuk sementara waktu bermula esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, beliau mendoakan agar wabak Covid-19 yang sedang mengancam negeri dan negara pada masa ini akan segera berakhir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI