fbpx

KKM peruntuk RM2.8 juta rawat perokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham Baba

PETALING JAYA- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperuntukkan sebanyak RM2.8 juta pada tahun lalu bagi memberikan rawatan berhenti merokok kepada rakyat di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kos tersebut meliputi rawatan farmakologi dengan melibatkan dua jenis ubatan iaitu Terapi Pengganti Nikotin dan Terapi Pengganti Bukan Nikotin.

“KKM telah membelanjakan sebanyak RM2 juta bagi memberikan rawatan farmakologi kepada 12,640 perokok pada tahun 2018 dan jumlah itu meningkat kepada RM2.8 juta pada tahun 2019.

“Bagaimanapun, jumlah penerima rawatan tersebut berkurang kepada 9,222 orang sahaja atas faktor kenaikan harga ubatan semasa,” katanya pada Persidangan Dewan Rakyat tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa (PH- Parit Buntar) yang menanyakan jumlah ditanggung Kementerian Kesihatan (KKM) bagi program berhenti merokok seperti mQuit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI