fbpx

Jenazah harum semerbak selepas tiga tahun dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sufyan sempat menggantikan kain kafan bapanya ketika membaiki kerosakan kubur arwah, Isnin lalu. – Istimewa

SURABAYA – Jenazah seorang lelaki bernama KH Ahmad Baidowi didapati masih berada dalam keadaan elok biarpun sudah dikebumikan hampir tiga tahun lalu.

Arwah ialah seorang ahli agama di Dusun Banbalang, Desa Batoporo Barat, Kabupa­ten Sampang, Madura.

Kejadian luar biasa itu di­sedari oleh anaknya sendiri, KH Ahmad Sufyan ketika membe­tulkan kawasan kubur arwah selepas dilanda hujan lebat, ­Isnin lalu.

“Saya perasan tentang kea­daan jenazah bapa ketika saya masuk ke dalam lubang kubur untuk membetulkan kayu yang dilapik di atas jenazah.

“Saya terkejut melihat jasad­nya berada dalam keadaan baik malah rambut bapa juga masih kelihatan,” katanya kepada ­Detik.Com, Jumaat lalu.

Selain itu, kubur arwah turut berbau wangi dan tidak mempunyai sebarang bau mayat yang kebiasaannya hanyir meskipun kuburnya ditenggelami air banjir.

Namun begitu, Sufyan melarang orang lain masuk ke dalam kubur dan menyentuh jenazah bapanya malah mengarahkan posisi jasad dibiarkan dalam keadaan asal.

Menurut Sufyan, arwah bapa­nya adalah orang biasa sahaja.

Bagaimanapun, sepanjang hayatnya, arwah selalu menjadi tempat rujukan berkaitan isu agama oleh masyarakat setempat selain sering mengajar penduduk kampung mengaji al-Quran.

“Saat dia ingin menghembuskan nafas terakhir, arwah sempat mengucapkan Allahu Akbar sambil tersenyum lalu meninggal dunia dengan begitu mudah dan tenang,” cerita Suf­yan lagi. – Agensi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI