fbpx

Pemotongan bajet UA beri kesan operasi universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Pemotongan bajet di semua Universiti Awam (UA) bakal mengganggu perjalanan dan kelancaran pengoperasian sesebuah universiti.

Presiden Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha Kehormat Universiti Awam Malaysia (GAKUM) Zulkifli Mohamed berkata, ini termasuk kesan kepada kakitangan pelaksana terutama berkaitan kerja lebih masa, pakaian seragam dan kemudahan mendapatkan rawatan di klinik panel.

Katanya, penamatan pekerja kontrak juga akan memberikan kesan kepada setiap universiti dan individu tersebut yang sudah pastinya mempunyai komitmen yang tinggi.

“Universiti merupakan tempat pendidik mendidik anak muda yang merupakan aset dan pembangunan kepada sesebuah negara.

“Jika bajet tidak mencukupi sudah pasti proses mendidik akan terganggu .Paling dibimbangi oleh pihak GAKUM adalah kesan kepada kumpulan pelaksana yang mana bajet mereka dipotong dan dikurangkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, GAKUM berharap kerajaan meneliti semula peruntukan bajet berkenaan tanpa meminggirkan kebajikan kumpulan pelaksana di universiti.

Zulkifli yang merupakan Timbalan Presiden 2 Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) turut berharap cadangan moratorium untuk golongan M40 dan B40 dilanjutkan lagi selama enam bulan.

“Lanjutan moratorium dapat menambah aliran tunai dalam pasaran dengan memberi pilihan morotarium selama enam bulan khusus bagi kumpulan M40 dn B40 yang kini amat terkesan dalam menghadapi kehidupan kini.

“Walaupun sebagai penjawat awam dan gaji mereka tidak dipotong namun ramai daripadanya mendapat sokongan daripada pasangan yang berniaga dan bekerja di sektor swasta,” katanya.

Justeru, beliau meminta institusi perbankan dan kewangan merasai kesukaran yang turut dialami penjawat awam kini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI