fbpx
SON Heung-min (kanan) dan Harry Kane pastinya menjadi sandaran utama Mourinho untuk memecahkan gawang Chelsea awal pagi esok. – AFP

Mourinho hanya mahu kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Perang psikologi mula dilancarkan pengurus ­Tottenham Hotspur, Jose Mou­rinho menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Chelsea di Stamford Bridge awal pagi esok.

Meskipun akan turun menentang bekas kelabnya, namun Mourinho menganggap pertemuan itu sama seperti perlawanan lain serta tidak ada sesuatu yang istimewa.

Katanya, kepulangannya ke Stamford Bridge kali ini tidak ada tujuan lain, melainkan untuk memastikan skuad kendaliannya menang serta membawa pulang tiga mata.

“Saya tidak kisah sama ada kami pergi ke Stamford Bridge sebagai peneraju liga ataupun tidak kerana perkara itu langsung tidak mengubah apa-apa.

“Seperti yang saya kata pada awal musim, kami adalah pasukan yang mahu menang setiap perlawanan, jadi kami akan pergi ke sana dengan misi sama,” kata Mourinho yang pernah membimbing Chelsea memenangi EPL sebanyak tiga kali.

Ketika ditanya sama ada beliau sudah tahu taktik permainan Chelsea, Mourinho menegaskan, beliau tidak pasti, namun ­mengakui pasukannya sudah bersedia.

“Mereka ada sebuah pasukan yang bagus serta dibarisi pemain hebat. Saya tidak mahu fikir mengenai siapa yang akan bermain kerana mereka sangat bagus,” tambahnya. – AGENSI