fbpx

Lima PPS di Kedah ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Kampung Batu 5, Lunas membersihkan kawasan rumah yang dilanda banjir kilat pada petang semalam.

ALOR SETAR – Lima daripada enam pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Kuala Muda dan Kulim susulan kejadian banjir kilat pada semalam ditutup petang ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, tiga PPS di Kuala Muda iaitu Masjid Al Abrar Taman Peruda, Surau Kampung Sungai Haji Wahab Dewan Masjid Al-Huda Kampung Jerung ditutup pada pukul 2 petang ini.

“Ketiga-tiga PPS yang dibuka pada pukul 8 malam semalam dan menempatkan seramai 144 mangsa banjir ditutup selepas keadaan banjir di kawasan terjejas pulih sepenuhnya.

“Seramai kira-kira 480 lagi mangsa banjir di daerah Kuala Muda bagaimanapun tidak berpindah ke PPS,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Kulim, Leftenan (PA) Mohd. Fadhil Fahmi Zaini berkata, dua PPS di mukim Lunas iaitu Surau Taman Sang Kancil dan Sekolah Kebangsaan Sungai Limau yang dibuka pada pukul 7 malam semalam ditutup pada pukul 3 petang tadi.

“Kesemua 146 mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” ujarnya.

Tambahnya, hanya PPS Masjid Sungai Seluang dalam Mukim Sungai Seluang yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) masih dibuka.

“PPS yang dibuka pada pukul 7.30 malam semalam itu menempatkan seramai 106 mangsa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI