fbpx

Gagal seludup durian, PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
166 biji durian yang cuba diseludup keluar dua lelaki di Tanjung Gabang, Klang, semalam

KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengagalkan cubaan menyeludup keluar 166 biji durian bersama tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) di kedudukan 4.1 batu nautika barat daya Tanjung Gabang di sini semalam.

Kedua-dua penyeludup berusia 34 dan 45 tahun itu dicekup pukul 7.30 malam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, tangkapan itu hasil maklumat dan risikan Sistem Pengawasan Maritim Laut (SWASLA) mengesan bot penyeludup jenis fiber menuju ke perairan antarabangsa.

“Pasukan kita kemudiannya berjaya memintas sebelum menahan bot tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat tiga PATI berusia 19 hingga 56 tahun selain 40 kotak membawa 166 biji durian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut
Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Jelasnya lagi, Maritim Malaysia akan sentiasa membuat pemantauan dan rondaan dengan lebih kerap bagi membanteras kegiatan PATI di perairan Selangor. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI