fbpx

Penduduk kampung bantah jalan utama dijadikan laluan ke stesen LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kampung mengadakan bantahan secara aman di Jalan Teratai PJU 6, Petaling Jaya pagi tadi.

PETALING JAYA – Penduduk Kampung Sungai Kayu Ara di sini membantah penggunaan Jalan Teratai PJU6 sebagai laluan utama untuk ke stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Kayu Ara yang ketika ini sedang dibangunkan.

Wakil penduduk kampung, Nor Saawaludin Mohd. Nor, 62, berkata, perkara tersebut bakal membahayakan nyawa penduduk kampung terutamanya kanak-kanak, malah mereka yang tinggal di apartment berdekatan.

“Terdapat dua jalan lain yang boleh digunakan untuk ke stesen LRT3 tersebut namun Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kepada pemaju bagi menggunakan Jalan Teratai PJU6 sebagai laluan ke stesen itu.

“Kami menerima notis pengosongan jalan tersebut yang digunakan penduduk kampung untuk meletakkan kenderaan pada 20 November lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, dia bersama kira-kira 50 penduduk kampung mengadakan bantahan secara aman di jalan tersebut.

Sementara itu, Nor Saawaludin mendakwa, keputusan MPBJ memberi kelulusan berkenaan dibuat tanpa mendapatkan pandangan mereka terlebih dahulu.

“Kami juga telah bermesyuarat dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin pada 24 Ogos lalu dan memaklumkan bantahan kami tentang perkara ini.

“Bukan itu sahaja, datuk bandar Petaling Jaya dan pihak berkaitan seperti pemaju juga telah diberitahu mengenainya (bantahan) menerusi surat yang dihantar,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI