fbpx

1,315 kes positif, enam kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini kekal empat angka selepas melaporkan sebanyak 1,315 kes termasuk daripada enam kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 63,176 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,310 kes adalah penularan tempatan manakala lima adalah kes import.

“Terdapat empat kluster baharu dilaporkan di Sabah iaitu Kluster PTS Sibuga dan Dermaga di Sandakan, Kluster Tapak Bina Jesselton di Kota Kinabalu serta Kluster Tempasuk di Kota Belud.

“Dua lagi kluster ialah Kluster UD SS2 di Selangor dan Kluster Tapak Bina Awan Biru di Cheras, Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, empat lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan membabitkan satu warganegara dan tiga warga asing menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 350.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 1,110 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 51,314 setakat hari ini.

“Sebanyak 118 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 43 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI