fbpx

SPR tetapkan PRK Parlimen Gerik, DUN Bugaya pada 16 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 16 Januari 2021 sebagai tarikh mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Gerik dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya.

SPR dalam satu kenyataan memaklumkan telah mengadakan Mesyuarat Khas pada hari ini dan menetapkan bahawa PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah bagi mengisi kekosongan di kerusi-kerusi berkenaan.

Hari penamaan calon untuk kedua-dua PRK ditetapkan pada 4 Januari manakala hari mengundi awal ialah pada 12 Januari.

“Bagi pelaksanaan kedua-dua PRK ini, SPR akan mengguna pakai Garis Panduan Pencegahan Covid-19 bagi Pelaksanaan Pilihan Raya yang telah digunakan semasa PRU DUN Sabah Ke-12 dengan beberapa penamnbahbaikan.

“Semua aktiviti berkempen berbentuk ceramah, syarahan, kempen ziarah rumah ke rumah, walkabout, pengedaran pamplet secara bersemuka adalah tidak dibenarkan. Calon adalah digalakkan berkempen menggunakan saluran media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut SPR, calon dibenarkan untuk memasang ‘bunting’ dalam kawasan pilihan raya, bagaimanapun, petugas parti atau calon perlu mengelakkan pertembungan semasa pemasangan bunting bagi mengekalkan penjarakan fizikal.

“Aktiviti berkempen mengunakan kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara adalah dibenarkan pada waktu yang munasabah. Namun ia tidak boleh menyebabkan berlaku perkumpulan perhimpunan penyokong,” katanya.

Dalam pada itu, SPR mensasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi.

Pihak SPR juga memohon kerjasama semua pihak termasuk pihak media dan parti-parti politik agar turut mengambil langkah untuk menyeru dan menggalakkan pengundi supaya keluar mengundi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI