fbpx

Pertemuan semula ibu, anak terpisah 26 tahun mengusik jiwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Detik seorang ibu dan anak yang bertemu semula selepas 26 tahun terpisah. - TIKTOK

JAKARTA – Detik pertemuan semula antara ibu dengan anak yang terpisah selama 26 tahun mendapat perhatian ramai apabila ia dikatakan tidak ubah seperti babak sinetron dalam satu kejadian di daerah Pandeglang, Banten, Indonesia baru-baru ini.

Menurut laman berita Suara.com, sebuah video yang dimuat naik salah seorang jiran mereka, Mia Nuramalia di aplikasi TikTok menunjukkan keadaan agak huru-hara di kawasan halaman rumah wanita berkenaan ketika pertemuan itu berlaku.

“Bayangkan seorang ibu yang sudah terpisah dengan anaknya selama 26 tahun akhirnya bertemu juga hari ini.

“Mereka sudah terpisah sejak umur anaknya tujuh tahun lagi dan sekarang dia sudah berumur 33 tahun. Ia sangat sedih dan kalau hendak diceritakan, sudah seperti siri sinetron,” tulisnya pada video tersebut.

Selain itu, Mia berkata, pasangan ibu dan anak yang tidak didedahkan identitinya itu dikatakan terpisah bukan disebabkan kes penculikan.

“Mereka terpisah bukan kerana si anak diculik ya. Ia adalah kerana hal peribadi yang saya tidak boleh ceritakan kepada semua orang.

“Terlalu panjang untuk diceritakan punca sebenar mereka terpisah. Tapi apa yang penting sekarang ialah si ibu sudah bertemu dengan anaknya dan ternyata jiwa mereka sangat kuat,” tulisnya dalam video berkenaan.

Sementara itu, pelbagai reaksi diberikan netizen yang turut sedih dengan pertemuan berkenaan.

“Saya sudah 20 tahun tidak bertemu dengan ibu yang pergi ke Arab Saudi dan hingga sekarang masih belum lagi pulang. Jadi saya juga sudah lupa bagaimana rupa ibu,” tulis seorang netizen.

“Detik seperti ini sedang saya alami bersama nenek. Kami menunggu kepulangan ibu yang bekerja di Malaysia dan hingga sekarang masih tidak mendengar sebarang khabar berita,” ujar seorang lagi netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI