fbpx

Napoli pertimbang tukar nama stadium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARADONA merupakan legenda ulung bagi kelab Napoli apabila menjaringkan 115 gol dalam 259 penampilan sepanjang lapan tahun bersama kelab itu. – AFP

NAPLES, Itali – Datuk Bandar Naples, Luigi de Magistris menggesa agar stadium pasukan Napoli iaitu Stadium Sao Paolo yang terletak di pinggir bandar negeri itu, ditukar nama kepada Stadium Diego Armando Maradona.

Ia bagi memberi penghormatan kepada Maradona yang mempunyai sejarah tersendiri dengan stadium tersebut dan pernah dikerumuni puluhan ribu peminat sewaktu kali pertama tiba di bandar Naples selepas menyertai Napoli daripada Barcelona pada 1984.

“Hati kami berkecai selepas mendengar berita bahawa Maradona sudah tiada. Kami seperti seorang petinju yang baru terkena pukulan ‘knockout’.

“Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan sedih kami kerana sekarang kami sudah kehilangan seorang ahli dalam ‘keluarga’ Napoli,” kata jurucakap kelab Napoli, Nicola Lombardo.

Terdapat laporan bahawa Presiden Napoli, Aurelio de Laurentiis bersedia mempertimbangkan untuk memasukkan nama Maradona bagi nama baharu stadium mereka menjadi Stadium San Paolo- Diego Armando Maradona.

Sebagai rekod, Maradona yang dilaporkan meninggal dunia pada usia 60 tahun kerana serangan jantung di Buenos Aires, Argentina awal pagi semalam, pernah menjaringkan 115 gol daripada 259 perlawanan bersama Napoli dari 1984 hingga 1991.

Sementara itu, bintang Manchester City, Sergio Aguero mengakui, tidak akan melupakan Maradona selepas mendapat ‘lampu hijau’ mengahwini anak perempuannya, Gianinna dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Benjamin walaupun akhirnya mereka bercerai pada 2012.

Seorang lagi bintang dari Argentina iaitu kapten Barcelona, Lionel Messi turut memberi penghormatan kepada Maradona selepas pernah berada di bawah bimbingan Maradona dalam skuad kebangsaan negara itu dari 2008 hingga 2010.

“Hari yang sangat sedih buat Argentina. Maradona telah meninggalkan kita tetapi nama dan legasinya akan terus kekal dalam jiwa kita,” jelas Messi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI