fbpx

Lelaki disahkan mati akibat Covid-19 pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang lelaki yang disahkan meninggal dunia akibat Covid-19 oleh pihak hospital dikatakan telah sembuh dan pulang ke rumah dalam satu kejadian di bandar Birati, Barat Bengal, India baru-baru ini.

Menurut akhbar The New Indian Express, lelaki tersebut, Shibdas Bandyopadhyay, 75, dimasukkan ke hospital 11 November lalu selepas disahkan dijangkiti virus berkenaan sebelum keluarganya dimaklumkan dia telah meniggal dunia dua hari kemudian.

Anak lelaki Shibdas berkata, keluarganya menerima mayat yang telah dibalut dengan plastik namun tidak dapat melihat dengan jelas wajahnya.

Mereka kemudian mengadakan upacara membakar mayat yang disangka bapanya itu sebelum menerima panggilan daripada hospital mengatakan lelaki itu masih hidup.

“Kami sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

“Kami terus membawanya pulang dari hospital dan tidak tahu mayat siapa yang kami bakar itu,” katanya.

Sementara itu, jabatan kesihatan berkata, mayat yang mereka bakar tersebut merupakan seorang pesakit Covid-19 lain dikenali Mohinimohan Mukhopadhyay.

Pihak berkuasa menyedari kesilapan tersebut selepas keluarga Shibdas dimaklumkan dia telah sembuh daripada penyakit berkenaan dan merancang untuk membawanya pulang.

Presiden Daerah Bengal Barat, Dilip Ghosh mendakwa, insiden tersebut berlaku berikutan tindakan kerajaan negeri yang melakukan ujian saringan dalam kapasiti sedikit untuk memastikan bilangan kes kekal rendah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI