fbpx

Covid-19: Empat jemaah sahaja dibenarkan solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis berkawal di pintu masuk ke Kampung Sri Gunung Pulai di sini berikutan terdapat penduduk kampung mempunyai kontek rapat dengan salah seorang yang didapati positif Covid-19 hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

KULAI – Hanya empat jemaah dibenarkan menggunakan Masjid As’syakirin Kampung Sri Gunung Pulai di sini dalam satu masa bermula hari ini ekoran terdapat kes aktif di kawasan terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, keputusan itu dibuat selepas terdapat beberapa penduduk kampung berkenaan yang disahkan positif Covid-19.

“Penggunaan masjid ini ditutup buat orang awam, hanya empat jemaah dibenarkan menggunakannya iaitu imam, bilal dan dua orang makmum bagi solat lima waktu.

“Bagi mana-mana kawasan berisiko tinggi, itulah prosedur operasi standard (SOP) yang kita putuskan iaitu tidak lebih empat jemaah.

“Bagi solat Jumaat minggu depan, kita akan tengok keadaan terkini terlebih dahulu sebelum Pejabat Kadi mengeluarkan arahan baharu,” katanya kepada pemberita ketika mẹmbuat lawatan di Kampung Sri Gunung Pulai, di sini hari ini.

Turut hadir Pegawai Daerah Kulai, Zainor Adani dan Pegawai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor.

Difahamkan, imam masjid berkenaan antara beberapa individu yang disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan sebelum ini.

Hari ini menyaksikan penyampaian bantuan oleh pihak Penyelarasan DUN Bukit Batu kepada lebih 160 keluarga berupa bantuan bekalan makanan seperti beras, minyak masak, gula, makanan kering dan sebagainya.

Tosrin memberitahu, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menyampaikan bantuan berupa bekalan makanan bernilai RM100 setiap keluarga esok, manakala Yayasan Sejahtera Kulai akan menyampaikan bantuan sama pada Isnin ini.

Ujarnya, MAINJ juga akan mempertimbangkan bentuk bantuan lain yang boleh diberikan kepada penduduk kawasan itu yang hilang pekerjaan dan terjejas mata pencarian.

Dalam pada itu, Zainor berkata, Hutan Lipur Gunung Pulai akan ditutup sementara buat masa ini hingga diberitahu.

“Pusat rekreasi itu akan ditutup kepada umum bagi faktor keselamatan hingga suatu tarikh yang akan diumumkan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI