fbpx

Zlatan tersisih tiga minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZLATAN mengalami kecederaan otot paha ketika Milan menewaskan Napoli Isnin lalu menyebabkannya terpaksa diketepikan selama dua hingga tiga minggu. – AFP

LILLE – Kecemerlangan dalam saingan domestik memberikan tonik tambahan buat AC Milan untuk membalas dendam terhadap wakil Perancis, Lille menjelang aksi keempat Kumpulan H kempen Liga Europa di Stade Pierre Mauroy awal pagi esok.

Ia ekoran kekalahan 0-3 kepada Lille menerusi ledakan hatrik Yusuf Yazici sewaktu pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan di Stadium San Siro awal bulan lalu.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Milan, Stefano Pioli perlu mencari pengganti terbaik mengisi kekosongan di­tinggalkan penyerang prolifik pasukan itu, Zlatan Ibrahimovic kerana kecederaan otot paha.

Pendahulu senarai penjaring terbanyak Serie A itu dilaporkan perlu menjalani proses pemulihan sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu selepas mengalami kecederaan tersebut ketika meledak dua gol membantu Milan menewaskan Napoli pada Isnin lalu.

Justeru, Pioli, 55, berkemungkinan besar bakal mempertaruhkan kebolehan pemain sayap, Ante Rebic beraksi selaku penyerang No. 9 Milan dalam aksi penting awal pagi esok.

Dalam masa sama, Milan juga berharap penyerang muda Portugal, Rafael Leao sempat pulih daripada kecederaan dialaminya baru-baru ini selepas namanya disenaraikan juga dalam skuad menentang Lille.

Sebagai rekod, Milan kini menduduki tangga kedua Kumpulan H dan ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Lille.

Namun, kekalahan kepada Lille mampu membuka semula peluang buat dua pasukan di tempat ketiga dan keempat iaitu jaguh Republik Czech, serta juara Scotland, Celtic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI