fbpx

Tak sempat nak ragut kena cekup pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANDAS sebuah stesen minyak di Lebuh Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru inilah seorang lelaki cuba meragut beg tangan wanita dalam kejadian Isnin lalu. Foto IHSAN POLIS

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki tempatan ditahan polis dua hari lepas selepas cubaannya menyamun seorang wanita di sebuah stesen minyak di Lebuh Cemerlang, Ulu Tiram dekat sini, gagal.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, suspek yang berusia 21 tahun itu ditahan pasukan polis dalam tugasan Rondaan Cegah Jenayah dari Balai Polis Desa Cemerlang.

Menurutnya, suspek ditahan di kawasan berkenaan sejurus selepas kejadian berlaku.

“Dalam kejadian pukul 9.45 malam itu, mangsa yang ketika itu berada dalam tandas stesen minyak itu menyedari beg tangannya cuba diragut.

“Mangsa telah melawan dengan menolak suspek sehingga suspek gagal mengambil bag tangan mangsa sebelum bertindak melarikan diri apabila mangsa menjerit meminta pertolongan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Ismail, polis turut merampas sebuah motorsikal yang dipercayai milik suspek.

“Suspek kini ditahan reman selama lima hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda,” ujarnya lanjut.

Sehubungan itu, Ismail turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika menggunakan tandas awam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI