fbpx

Raja Permaisuri titah rakyat perlu putuskan rantaian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al Sultan Abdullah (kiri) dan Tunku Azizah (kanan) mengingatkan rakyat jelata untuk menjaga keselamatan diri

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyeru seluruh rakyat Malaysisa menjaga keluarga terutamanya ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

Bersempena dengan Bulan Keluarga Kebangsaan 2020, Tunku Azizah dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua anak-anak dan ahli keluarga agar bersama-sama memutuskan rantaian Covid-19.

“Sebagai ibu dan isteri, keutamaan saya pastinya kepada keluarga saya, namun sebagai permaisuri negara sudah tentu semua keluarga di Malaysia turut menjadi keutamaan dan perhatian saya.

“Bersempena dengan November sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan 2020 bertemakan ‘Kita Jaga Keluarga’, saya dan Tuanku Agong ingin ambil kesempatan berpesan kepada semua anak-anak serta ahli keluarga besar Malaysia supaya bersama-sama memutuskan rantaian Covid-19,” titah baginda menerusi rakaman video yang dimuat naik menerusi di Facebook rasmi Istana Negara hari ini.

Raja Permaisuri mengingatkan semua pihak agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Tunku Azizah turut menyeru rakyat mengingati pengorbanan barisan hadapan dan para petugas kesihatan serta keselamatan yang bertungkus lumus memutuskan rantaian Covid-19.

“Mereka juga mempunyai keluarga seperti kita, andai kita bersatu hati insyaAllah seluruh keluarga boleh berkumpul semula seperti sedia kala.

“Ambillah iktibar daripada kesusahan dialami rakyat negara kita semasa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac yang lalu. Adakah kita sanggup menghadapinya lagi,” titahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI