fbpx

MMC catat untung RM367 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – MMC Corporation Bhd. (MMC) mencatat Keuntungan Sebelum Zakat dan Cukai (PBZT) sebanyak RM367 juta bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2020 berban­ding RM341 juta bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Che Kha­lib Mohamad Noh dalam kenya­taan yang dikeluarkan di sini, peningkatan tersebut disumbangkan oleh pertambahan volum di Pelabuhan Tanjung Pelepas dan penjanaan hasil da­ripada pelupusan aset di Johor Port Bhd.

Selain itu, ia disumbangkan daripada kenaikan saham syarikat sekutu Malakoff Corporation Bhd. dan kos pembiayaan yang rendah.

Bagaimanapun, ini dapat diimbangi daripada sumbangan rendah daripada projek Klang Valley Mass Rapid Transit Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya Line (KVMRT-SSP Line) dan Northport (Malaysia) Bhd (Northport).

Selain itu, ia disumbangkan daripada pengurangan jumlah penumpang dan kargo di Se­­nai Airport Terminal Services Sdn. Bhd.

Bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2020, Kumpulan mencatat hasil sebanyak RM3.20 billion berbanding RM3.62 bilion tenpoh yang sama tahun sebe­lumnya.

Penurunan ini disebabkan oleh pengurangan progres kerja daripada KVMRT-SSP Line, jumlah penumpang dan kargo yang rendah di Senai International Airport serta jumlah volum rendah yang dikendalikan di Northport dan Penang Port Sdn. Bhd.

Che Khalib menerangkan, seg­men pelabuhan dan logistik mencatat hasil yang rendah sebanyak RM2.33 bilion berban­ding RM2.36 bilion tahun sebelumnya.

BERITA BERKAITAN