fbpx
Rani dan Afan menunjukkan cincin pertunangan masing-masing. – TikTok/@9755xtr

Gadis dilamar jiran depan rumah tular di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang gadis menjadi tular media sosial hanya ke­rana dia dilamar oleh jiran yang tinggal di hadapan rumahnya, di Bekasi, Jawa Barat pada 7 November lalu.

Klip video pertunangan Rani Safitra, 22, dengan bakal suami, Afan mendapat lebih satu juta tontonan selepas salah seorang rakan Rani memuat naik rakaman itu dalam aplikasi TikTok pada 15 November lepas.

Rakaman itu menunjukkan rombongan keluarga lelaki hanya perlu berjalan sekitar lima langkah untuk tiba di rumah bakal pengantin perempuan kerana jarak yang sangat dekat.

Rani memberitahu, dia tidak menyangka jodohnya adalah jiran depan rumah yang dikena­linya sejak kecil.

“Saya berkenalan secara serius dengan Afan pada 2018 selepas dia datang ke rumah terbuka salah seorang ibu saudara saya,” katanya kepada portal be­rita Tribunnews, Sabtu lalu.

Afan pulang ke Bekasi selepas menamatkan pengajian di Jogjakarta dua tahun lalu.

Hubungan mereka pada mula­nya ditentang ibu bapa Rani kerana bimbang jarak rumah terlalu dekat boleh menimbulkan masalah di masa hadapan.

“Jiran tetangga ada bercakap soal hubungan kami dan ia membuatkan orang tua saya serta Afan sedikit risau membenarkan kami berkahwin,” ujarnya.

Namun, pasangan itu berjaya menyakinkan orang tua masing-masing dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.

Rata-rata, pengguna laman sosial meninggalkan komen positif tentang hubungan pasangan muda ini termasuk tidak perlu berbalah balik kampung siapa ketika menyambut lebaran.
– Agensi

POPULAR

BERITA BERKAITAN