fbpx

Faktor penuaan populasi di Malaysia bakal perlahankan kadar KDNK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bank Dunia melihat faktor penuaan populasi dalam negara akan menjadi salah satu faktor kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjadi semakin perlahan.

Fenomena ini akan menjadi realiti menjelang 30 tahun akan datang jika tiada pembaharuan polisi diperkenalkan.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada situasi tersebut namun kira-kira satu per tiga daripadanya adalah akibat penuaan populasi.

Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia, Achim Schmillen berkata, Malaysia kini boleh digolongkan dalam negara tua dengan tujuh peratus daripada populasinya berusia 65 tahun ke atas atau le­bih (2.32 juta orang daripada 32.69 juta populasi setakat suku ketiga 2020).

“Perbelanjaan kerajaan untuk penjagaan golongan tua amat rendah, sekitar 0.1 peratus daripada KDNK berbanding negara maju seperti Belanda dan Norway.

“Perbelanjaan untuk warga emas bagi kedua negara itu melebihi tiga peratus daripada KDNK.

“Meskipun jumlah golongan warga emas di sini masih jauh lebih rendah berbanding negara maju, tetapi pembaharuan perlu dilakukan dari awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan Bank Dunia bertajuk Sinar Harapan: Penuaan Inklusif dan Produktif untuk Malaysia secara maya semalam.

Laporan itu dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Selain itu, terdapat cabaran lain menyebabkan KDNK sema­kin perlahan pada masa depan adalah kadar bekerja yang rendah bagi golongan berusia antara 55 tahun hingga 64 tahun, terutamanya wanita.

Faktor lain adalah peratusan isi rumah B40 yang mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja juga rendah dibandingkan dengan M40 dan T20.

Dalam pada itu, Schmillen menggariskan tiga cadangan bagi mengatasi masalah penuaan di Malaysia iaitu dengan memupuk pekerjaan produktif untuk semua termasuk golongan tua.

Langkah lain adalah menyediakan perlindungan pendapatan minimum kepada warga tua dan membina sistem penjagaan warga tua yang inklusif.

“Ini termasuk melanjutkan usia persaraan secara berperingkat sehingga 65 tahun, mungkin dalam tempoh 10 atau 20 tahun lagi selari dengan peningkatan jangka hayat.

“Dalam jangka masa panjang, setiap daripada kita perlu be­kerja untuk tempoh lebih lama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI