fbpx

Sembilan warga emas antara 13 ditahan leka berjudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 14 individu termasuk sembilan warga emas yang ditahan ketika asyik leka berjudi atas talian di sebuah kedai kopi di Tanjung Piandang semalam.

PARIT BUNTAR – Seramai 13 individu termasuk sembilan warga emas ditahan polis dalam Ops Dadu di sebuah kedai kopi di Jalan Besar, Tanjung Piandang di sini ketika asyik leka bermain judi atas talian semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian  membuat serbuan ke premis berkenaan setelah menerima maklumat sekumpukan lelaki dan wanita berkumpul mengelilingi dua buah meja tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal dan disyaki sedang bermain judi.

“Dalam serbuan pada pukul 5 petang itu, polis berjaya menahan 14 orang termasuk seorang wanita berusia antara 48 hingga 71 tahun dan turut merampas beberapa barangan peralatan yang digunakan untuk berjudi.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,193.00, sepuluh buah kerusi plastik, empat buku nota, tiga telefon bimbit, dua meja bulat dan dua batang pen yang digunakan dalam permainan judi tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mazuki, kesemua mereka diberi notis kompaun kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan kerajaan dan semua barang rampasan telah di bawa ke IPD Kerian untuk tindakan lanjut.

“Kesemua mereka yang merupakan warga tempatan itu dilepaskan di bawah jaminan polis dan di siasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI