fbpx

Rakyat perlu berhati-hati ketika cuaca tak menentu – Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menasihatkan rakyat di seluruh negeri ini sentiasa berhati-hati berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Sultan Ibrahim bertitah, beberapa kawasan dinaiki air berikutan hujan lebat pada masa sekarang hingga segelintir penduduk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Kerajaan negeri serta jabatan dan agensi kerajaan termasuk pasukan keselamatan perlu membuat persiapan sepenuhnya dalam menghadapi cuaca tidak menentu ketika ini.

“Pada masa sama, pastikan mangsa-mangsa yang ditempatkan di PPS diberikan kemudahan yang secukupnya, di samping mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak Covid-19,” titah baginda.

Sultan Ibrahim berkata, penduduk yang menetap berhampiran kawasan rendah perlu sentiasa berhati-hati serta sentiasa patuh pada nasihat pihak berkuasa.

Semalam, seramai 69 mangsa banjir melibatkan 18 keluarga dari Kampung Laut Batu 10, Skudai dan Kampung Pasir, Tampoi, di sini, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) secara berperingkat sejak petang kelmarin ekoran kejadian banjir kilat.

Dua PPS yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir ini ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10, Skudai dan SK Kampung Pasir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI