fbpx

PPS pertama di Kelantan dibuka hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat daripada enam mangsa ditempatkan di Pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Lama Kampung Keroh, Kuala Krai hari ini

KUALA KRAI – Masjid Lama Kampung Keroh di sini menjadi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pertama yang dibuka untuk menempatkan mangsa banjir di negeri ini.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Krai, Ruzaidi Che Soh berkata, PPS itu menempatkan seramai enam orang mangsa iaitu dua lelaki, dua wanita, seorang kanak-kanak dan seorang bayi berusia yang terdiri daripada dua keluarga.

Katanya, bayi yang ditempatkan di PPS itu berusia tiga bulan dan seorang ibu yang sedang sarat mengandung menunggu masa untuk bersalin.

“Bagi menghadapi sebarang kemungkinan, kami akan beroperasi 24 jam yang turut dibantu beberapa agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan ketua kampung,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JKM Kelantan, Siti Nor Hasma Mat Isa ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan PPS tersebut telah mula dibuka pada pukul 12.15 tengah hari yang menempatkan keenam-enam mangsa terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad yang bertindak sebagai Komander Operasi Bencana berkata, jalan yang menghubungkan Kampung Petaling, Sungai Durian ke Kampung Sedek di sini ditutup kepada kenderaan semua kenderaan selepas dinaiki air sedalam empat meter.

Katanya, beberapa jalan masih dibuka untuk semua kenderaan iaitu Bukit Sireh, Kampung Bedal, Jalan Sungai Durian ke Chenulang, Bukit Arang, dan Kuala Nal yang masih dibuka dan boleh dilalui oleh semua kenderaan.

“Bagaimanapun, jambatan yang menghubungkan Kuala Pertang ke Kampung Kebun Pisang juga terputus hubungan akibat ditenggelami air.

“Seramai 210 pegawai dan anggota terdiri daripada PDRM, JBPM dan APM kini berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Menurut Suzaimi, penduduk yang tinggal berhampiran kawasan sungai diingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan bersedia untuk berpindah sekiranya hujan berterusan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI