fbpx

Top Glove: Syed Saddiq ulang gesaan cukai durian runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
saddiq
Syed Saddiq

PETALING JAYA- Susulan peningkatan kes Covid-19 di asrama pekerja syarikat Top Glove, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengulangi gesaan untuk mengenakan cukai durian runtuh kepada syarikat itu.

Ini kerana syarikat berkenaan mengaut untung besar akibat permintaan tinggi sarung tangan getah berikutan penularan pandemik Covid-19.

“Apabila Covid-19 tular di Malaysia, mereka mengaut keuntungan supernormal sehingga mencecah siling harga pasaran sebesar RM77.59 bilion sehingga 15 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Twitter beliau.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, cukai durian runtuh sebelum ini pernah dikenakan kepada syarikat perladangan dan stesen janakuasa bebas.

“Prioriti saya tetap rakyat bukan syarikat besar. Kalau “”market cap” mereka cecah RM77.59 bilion, mengapa cukai durian runtuh ini yang hanya dikenakan sebanyak RM4.8 bilion ini tidak boleh dibuat?” katanya.

Tambah Syed Saddiq, syarikat tersebut memang mempunyai masalah rekod yang bermasalah apabila melibatkan kebajikan pekerja.

“Kalau pertengahan tahun ini, Top Glove didenda sehingga RM116 juta kerana gagal menjaga kebajikan pekerja, kes-kes buruh paksa, dipaksa bekerja lebih masa, gaji ditahan dan pasport dirampas.

“Top Glove sudah kena denda dan didapati bersalah. Hari ini, mereka sekali lagi gagal kerana tidak melindungi kesihatan pekerja mereka,” katanya.

Syed Saddiq sebelum ini menggesa kerajaan mengenakan cukai durian runtuh kepada syarikat-syarikat dalam sektor pembuatan sarung tangan semasa perbahasan Belanjawan 2021 di Parlimen baru-baru ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI