fbpx

Mangsa banjir di Melaka terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu memindahkan mangsa di Kampung Gadek Dalam, Alor Gajah.

MELAKA – Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di negeri ini terus meningkat daripada 492 semalam, kepada 520 orang melibatkan 148 buah keluarga, setakat pukul 8 pagi tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dengan empat daripadanya di daerah Jasin.

PPS yang dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Shuh Yen, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil dan SK Parit Gantong yang baru dibuka semalam.

“Jasin masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu daripada 325, semalam kepada 356 orang daripada 105 buah keluarga hari ini, melibatkan Kampung Tehel, Taman Tuah Perdana dan Kampung Parit Gantong.

“Sementara itu, jumlah mangsa di daerah Alor Gajah seramai 46 orang daripada 11 buah keluarga dari Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau serta Kampung Belimbing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, seramai 118 mangsa daripada 32 keluarga terlibat di daerah Melaka Tengah termasuk penduduk dari Kampung Pengkalan Minyak, Kampung Busut Licin, Kampung Ayer Molek dan Rumah Awam Ayer Molek.

Katanya, dua sungai iaitu Sungai Chohong, Jasin serta Sungai Melaka (Melaka Pindah), Alor Gajah yang menyebabkan limpahan air banjir masih menunjukkan trend menaik dengan masing-masing mencatatkan paras semasa 10. 75 meter dan 10.74 meter.

“Sungai Duyong, Jasin pula menunjukkan penurunan 1.24 meter manakala Sungai Melaka, Alor Gajah 2.84 meter.

“Bagaimanapun kedua-dua sungai yang masih meningkat parasnya itu masih dalam bacaan paras air yang normal,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI