fbpx

Jangan pertaruhkan kesejahteraan rakyat – Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

PUTRAJAYA – Belanjawan 2021 adalah hasil usaha pelbagai pihak termasuk rakyat, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan malah, boleh dikatakan ia melambangkan suara rakyat.

Justeru, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini bukan masanya untuk mempertaruhkan kesejahteraan rakyat, di kala dunia masih terumbang-ambing.

“Marilah kita menjadi contoh kepada dunia bahawa apabila keadaan sukar melanda, kita mampu merentas ideologi politik masing-masing bagi mengatasinya bersama, demi mengekalkan momentum pemulihan ekonomi negara.

“Saya rasa saudara dan saudari semua tahu bahawa usaha kerajaan adalah untuk melindungi nyawa rakyat dan memulih ekonomi bukanlah sekadar melalui Belanjawan 2021 sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi catatan bertajuk Nukilan MK: Bolehkah Belanjawan 2021 Mengekalkan Momentum Pemulihan Ekonomi? yang dikongsi menerusi lama Facebook hari ini.

Tengku Zafrul berkata, pencapaian ekonomi negara pada suku ketiga 2020, iaitu -2.7 peratus adalah pencapaian yang terbaik dalam kalangan negara Asia Tenggara sedangkan negara lain mengalami penguncupan antara -3.5 hingga – 11.5 peratus.

Beliau berkata, kadar pengangguran negara terus menurun dan stabil berbanding  kemuncak 5.3 peratus Mei lalu dan 4.6 peratus pada September lalu.

Menurutnya, ini adalah antara petunjuk bahawa pelbagai usaha kerajaan untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi sedang membuahkan hasil.

“Persoalannya kini, adakah ekonomi negara akan terus pulih? Saya mengaku, jawapannya bukanlah mudah. Ini bergantung kepada beberapa faktor, termasuk kebolehan kita untuk mengawal penularan Covid-19 yang memasuki gelombang ketiga.

“Kita juga perlu memastikan Belanjawan 2021 diluluskan agar momentum pemulihan ekonomi negara boleh diteruskan.

“Kita juga perlu sedar bahawa sasaran pertumbuhan ekonomi mungkin lebih perlahan dalam suku keempat disebabkan pelaksanaan PKPB, dan pada masa yang sama, walaupun kadar pengangguran semakin berkurangan, namun ia juga boleh naik jika tidak ditangani,” katanya.

Pada masa sama, katanya, beliau juga bertanggungjawab untuk memastikan hutang negara terkawal, perbelanjaan dibuat secara disiplin dan berhemah, serta negara tidak terdedah kepada risiko-risiko dalaman atau luaran.

“Saudara dan saudari yang membaca posting (hantaran) saya ini, saya yakin boleh menilai sendiri keikhlasan dan komitmen berterusan
kerajaan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI