fbpx

Pesawat ringan mendarat cemas di Lebuh Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat ringan yang mendarat cemas di Kilometer 47.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan di sini hari ini.

KULAI – Sebuah pesawat ringan dipercayai mendarat cemas di lorong kecemasan di Kilometer 47.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan di sini hari ini.

Difahamkan kejadian itu berlaku sebelum susur keluar Sedenak arah selatan pada pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Ya ada kejadian pesawat mendarat cemas,” katanya kepada Kosmo!.

Maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan menyusul kemudian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI