fbpx

Netizen puji pemandu tunai solat atas lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar klip video yang menunjukkan seorang pemandu lori menunaikan solat di atas kenderaan tersebut baru-baru ini. – TIKTOK

JAKARTA – Perbuatan seorang pemandu lori menunaikan solat di atas kenderaan berat yang dipandunya mendapat pujian dalam kalangan netizen di Kalimantan Timur baru-baru ini, lapor laman berita Suara.com.\

Sebuah klip video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok menunjukkan lelaki berbaju biru itu khusyuk menunaikan solat di atas lori di sebuah kawasan lombong.

Walaupun tempat kerja lelaki tersebut tidak disediakan kemudahan khas untuk beribadat, namun tindakan pemandu itu menunaikan solat di atas sebuah lori pengangkut tanah menyentuh hati ramai pengguna.

“Tempat solat bagi seorang pekerja lombong. Amalku belum tentu diterima tapi dosa aku pasti dicatat,” tulis pemilik akaun TikTok berkenaan dalam video tersebut.

Sejak dimuat naik, video pemandu lori itu telah mendapat lebih 33,000 tanda suka dan beratus komen di aplikasi ber­kenaan.

Salah seorang pengguna berkata, dia berharap dapat bertemu jodoh dengan seseorang yang rajin menunaikan solat seperti lelaki tersebut.

“Ya Allah, berikanlah aku calon suami seperti dia yang taat beribadah,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Sangat cemburu dengan orang-orang seperti ini,” ujar seorang lagi netizen.

“Setidaknya kita masih ada niat dan masalah sama ada amalan diterima atau tidak, itu urusan yang di atas sana,” tulis netizen yang lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI