fbpx

Arif Farhan tunggu ‘lamaran’ Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF mengakui tidak keberatan untuk kembali ke Kedah sekiranya pasukannya mahu mendapatkan khidmatnya. - FB FELDA UNITED

PEMAIN pertahanan kanan Felda United, Muhammad Arif Farhan Md. Isa meluahkan keinginan untuk kembali menyarung jersi Kedah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) selepas kali terakhir bersama skuad Heland Merah itu dua tahun lalu.

Arif Farhan, 24, yang akan tamat kontrak bersama Felda hujung bulan ini mengakui, dia ada mendengar khabar angin mengatakan pasukan naib juara Liga Super 2020 itu berminat mendapatkan khidmatnya untuk sai­ngan musim depan.

“Setakat ini saya terima tiga tawaran pasukan Liga Super, ada dari Utara, Pantai Timur dan Lembah Klang. Saya belum buat keputusan, mahu fikir dulu tawaran terbaik.

“Kalau kata Kedah ada kemuka tawaran, mungkin saya balik (ke Kedah). Setakat ini ada de­ngar bunyi-bunyi khabar angin tetapi belum ada tawaran rasmi lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Mengulas lanjut, pemain yang boleh beroperasi di bahagian sayap dan bek kiri itu berharap mendapat banyak minit permainan bersama pasukan baharunya bagi merebut tempat dalam skuad Harimau Malaya tahun depan.

“Sudah tentu saya mencari pasukan yang saya boleh bermain tetapi mana-mana jurulatih tidak dapat menjanjikan kesebelasan utama. Semuanya berbalik kepada diri sendiri sama ada mahu bekerja keras untuk mendapatkan tempat.

“Lagi satu kerana saya nak merebut tempat dalam skuad kebangsaan tahun depan. Oleh sebab itu saya mahu kerap bermain dalam kesebelasan utama bersama pasukan baharu,” jelas bekas bintang skuad Harimau Muda itu.

Sebagai rekod, Arif Farhan memulakan kariernya bersama skuadn Harimau Muda A dari 2012 hingga 2015 diikuti Kedah (2016-2018) sebelum menyertai PKNS Selangor pada 2019 dan kemudiannya berhijrah ke Felda United tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI