fbpx

Warung rojak jambu pikat netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TARI mengusahakan bisnes rojak jambu sejak beberapa minggu lalu. – TribunJabar

JAKARTA – Seorang wanita muda yang menjual rojak jambu batu di tepi jalan kini tidak menang tangan apabila gerainya dikunjungi ramai pembeli sejak kebelakangan ini.

Tari Putri, 26, dilaporkan menjalankan bisnes kecil-kecilan itu di Jalan RE Martadinata, Kota Tasikmalaya, Jawa Barat di Indonesia, lapor portal berita Tribun News baru-baru ini.

Peniaga itu menjadi tular di media sosial kerana cekap menguruskan perniagaan dan mempamerkan adab serta sopan-santun kepada pelanggan selain berwajah cantik.

Dia dilihat cekap memotong buah dan menggaul dengan rempah ratus khas dalam penyediaan rojak jambu yang dipesan pelanggan.

Semasa menyerahkan bungkusan rojak jambu kepada pembeli, Tari tidak lupa mengucapkan terima kasih dan meminta pelanggannya agar berhati-hati di jalan raya.

Sebelum ini, Tari cuma mampu menjual rojak menggunakan 10 kilogram (kg) jambu batu tetapi kini perniagaannya laris hingga memerlukan lebih 50 kg sehari. Dia memulakan perniagaan itu sejak beberapa minggu lalu.

Ada juga pelanggan yang berkunjung ke kedainya untuk membeli rojak disebabkan tertarik dengan kecantikan wajah Tari.

“Saya mengetahui hal ini dari media sosial. Memang benar, dia amat cantik. Ini bukan penipuan. Saya sengaja berkunjung ke gerainya dan membeli rojak,” kata Fajar, 26, dari kecamatan Indihiang.

Ramai juga terpukau dengan kecantikan Tari yang didakwa seperti remaja perempuan selain berhidung mancung dan kulit cerah.

Tari mengakui dia mengusahakan perniagaan itu untuk membantu meringankan beban kewangan suaminya dan mereka mempunyai tiga orang anak. –Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI