fbpx

Bayi, ibu berpantang dipindahkan akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu berpantang dan anaknya yang dipindahkan selepas banjir melanda Kampung Parit Mahang, Ijok , Kuala Selangor tengah malam tadi.

KUALA SELANGOR – Seorang bayi lelaki dan ibunya yang masih berpantang antara 16 penduduk Jalan Haji Ehsan, Kampung Parit Mahang, Ijok di sini yang terpaksa dipindahkan selepas rumah mereka dilanda banjir, tengah malam tadi.

Mereka yang berusia sebulan hingga 70 tahun dipindahkan pukul 12.30 tengah malam menggunakan bot.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, seramai 14 anggota termasuk pegawai dikejarkan ke kampung berkenaan dengan limpahan banjir dicatatkan setinggi 0.6 meter (m).

Katanya, semua mangsa daripada tiga buah keluarga itu kemudiannya ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Parit Mahang di sini.

“Pecahan mangsa adalah terdiri masing-masing lima bagi lelaki dan wanita termasuk yang masih berpantang dan hamil serta kanak-kanak selain seorang bayi lelaki.

“Berdasarkan semakan mendapati kawasan kampung tersebut masih digenangi air pada paras lutut dan semua mangsa akan ditempatkan di PPS sehingga keadaan pulih sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kata beliau, operasi pemantauan dan pemindahan turut dibantu bomba, polis, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam pada itu, Shaiful Azril menegaskan seramai 23 penduduk Kampung Seri Sentosa dan Kampung Sri Aman masih lagi ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields, di sini.

“Penduduk kedua-dua kampung itu belum dapat dibenarkan pulang berikutan kawasan rumah mereka masih ditenggelami air setinggi 0.3 meter sejak kelmarin,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI