fbpx

Ayda Jebat hadiahkan rumah untuk ibu sebelum kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayda (kanan) bergambar bersama ibu dan bapanya serta Nabil di hadapan kediaman baharu tersebut.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat terharu kerana impiannya untuk membelikan sebuah rumah untuk ibu sendiri akhirnya tercapai sebelum dia menamatkan zaman bujang.

Ayda, 28, berkongsi perkara berkenaan menerusi Instagram sambil memuat naik gambar dia memeluk ibunya berlatar belakang kediaman dua tingkat yang dibelinya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah.

“Saya beritahu Nabil (tunang), ada benda yang saya mahu capai sebelum kahwin. Inilah antaranya. Buat mama bahagia sebelum sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ini Ya Allah,” tulisnya.

Ayda mahu membahagiakan ibunya sebelum bergelar isteri pada 1 Januari 2021.

Menerusi lokasi yang ditanda pada gambar berkenaan, Ayda membeli kediaman tersebut yang terletak di Eco Grandeur, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Pelantun lagu Nakal Nakal Nakal itu pada masa sama turut mendoakan pengikutnya dapat membahagiakan orang tua, bukan sekadar dari segi harta benda semata-mata.

“Banyak lagi benda lain yang anda boleh buat untuk berbakti kepada mereka. Semoga tercapai. Insya-Allah.

“Mama selalu telefon dan pesan, jangan kerja kuat sangat, perlu rehat juga. Ma, kerja keras saya tidak setanding pengorbanan mama menjaga saya dan adik-adik. Saya sayang mama.

“Saya akan selalu menjaga mama walaupun sudah berkahwin nanti. Selalu dan selamanya,” tulisnya lagi.

Ayda akan mendirikan rumah tangga dengan tunangnya yang juga pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari tahun depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI