fbpx

Pencari pokok paku aji maut jatuh gunung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hakimi maut selepas terjatuh dari Gunung Dalam Wang di Baling pagi ini.

BALING – Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari kawasan Gua Sireh di Gunung Dalam Wang di Kampung Padang Che Mas, Dalam Wang di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu berlaku ketika mangsa, Amir Hakimi Md. Ali, 22, bersama sepupunya memanjat gunung tersebut untuk mencari pokok paku aji yang tumbuh di celahan batu gunung.

Mangsa dipercayai terjatuh pada ketinggian kira-kira 100 meter ketika mahu menuruni gunung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali memberitahu, mangsa pergi ke kawasan gunung itu untuk mencari pokok tersebut kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Mangsa kemudian dipercayai terjatuh pada ketinggian 100 meter kira-kira sejam kemudian dan dia disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Baling,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, ibu saudara mangsa, Siti Bunga Ayob, 55, berkata, mangsa sering menaiki gunung tersebut untuk mendapatkan pokok paku aji yang cantik dan tinggi nilainya.

“Saya difahamkan mangsa terjatuh ketika dalam perjalanan menuruni gunung itu setelah berjaya mendapatkan sebatang pokok paku aji,” katanya.

Tambahnya, perubahan terakhir arwah apabila dia menyatakan tidak mahu lagi memanjat gunung itu dan semalam merupakan kali terakhir dia berbuat demikian.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI