fbpx

Kerajaan NS haramkan lapan ajaran sesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Sebanyak lapan ajaran sesat atau ajaran salah kerana menyeleweng daripada akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah diharamkan di Negeri Sembilan berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri, hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau menerima pembentangan daripada Jabatan Mufti Negeri Sembilan mengenai isu pewartaan fatwa beberapa golongan difatwakan haram di negeri ini.

“Antara lapan golongan ajaran sesat yang diharamkan di negeri ini adalah golongan anti hadis, Ajaran Tapediri 65 atau Ba Tha Mim 114, Ajaran dan Fahaman Hizbut Tahrir, upacara dan amalan Perbomohan IBrahim Mat Zin , ajaran Zikir Alunan Zat Cinta/Hikmah Al-Fatihah daripada Mohd. Zaman Mohd. Noor dan ajaran Millah Abraham @ IBrahim.

“Mufti telah membentangkan ajaran golongan yang diharamkan dan kita berharap masyarakat dapat menilai sesuatu ajaran dibawa oleh kumpulan tertentu dan mereka yang terlibat dapat kembali ke pangkal jalan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma negeri hari ini.

Dalam pada itu, menurut Aminuddin, kerajaan negeri sedang mempergiat usaha bagi memastikan isu pokok tumbang dapat diselesaikan dengan kadar segera.

“Isu pokok tumbang ini sudah menjadi isu hangat sehingga melibatkan kematian baru-baru ini. Kami sedia maklum mengenai perkara berkenaan dan berharap semua pemilik tanah dapat mengambil perhatian yang sewajarnya.

“Kami tidak boleh sesuka hati menebang pokok yang berada di dalam tanah milik individu terbabit. Bagaimanapun, pihak kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersedia untuk membantu,” katanya.

Katanya lagi, pihak kerajaan juga sedang menulis surat kebenaran permohonan kepada pemilik tanah yang mempunyai pokok yang boleh membahayakan orang ramai untuk ditebang.

Baru-baru ini, seorang wanita maut apabila kenderaan yang dipandunya dihempap pokok getah berusia lebih 70 tahun dalam kejadian di Kilometer 5, Jalan Keru – Batu Belang, Tampin. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI