fbpx

8 kereta sengaja dibakar untuk tuntutan insurans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis merampas pakaian yang digunakan suspek ketika membakar kenderaan di kawasan Sri Putramas, Sentul

PETALING JAYA – Polis memberkas seorang ejen tuntutan insurans yang dipercayai sengaja membakar kenderaan untuk membuat tuntutan dalam satu serbuan di sebuah hotel di Genting Highlands, Pahang.

Tangkapan pukul 11 malam pada Isnin lalu itu dibuat selepas pihak polis menerima lapan laporan berhubung insiden berkenaan di kawasan letak kenderaan di Kondominium Sri Putramas, Sentul sejak Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, berdasarkan laporan dibuat pelbagai jenis kenderaan termasuk jenis Bentley, Mercedes Benz antara sengaja dibakar.

“Hasil siasatan terhadap lelaki berusia 35 tahun itu membawa kepada pembongkaran kereta itu dibakar dengan persetujuan pemilik kenderaan bagi mendapatkan tuntutan insurans.

“Suspek akan menggunakan diesel untuk membakar semua kenderaan yang dikenal pasti antara pukul 12.30 tengah malam hingga 4.30 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, tangkapan suspek itu berjaya menyelesaikan kes khianat dengan api yang mendatangkan kegusaran terhadap penduduk sekitar kawasan terbabit.

“Hasil semakan juga mendapati suspek yang menetap di Kepong itu mempunyai dua rekod lampau.

“Suspek direman sehingga Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 iaitu khianat dengan api,” ujarnya.

Kosmo! Online pada Isnin lalu melaporkan dua buah kereta yang diletakkan di ka­wasan tempat letak kereta Ja­ lan Putramas 1, Kuala Lumpur hangus dalam satu kebakaran pagi.

Kebakaran melibatkan se­ buah kereta jenis Mercedes dan Toyota Vios itu berlaku kira­-kira pukul 4.20 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI